Saturday, March 31, 2012

jom masuk u + pameran kasut (karnival) + the MALL


harini saya pergi ke putra world trade centre (PWTC) sebab ape?? adelah..teruskan scroll ke bawah dan baca post ni..sebab ada banyak gambar menanti anda..hihik..by the way..kat atas tu gambar tgn nadia...kite curik dgn izin gambar dari blog dia sebab kite malas.. ;D mula-mula dari sekolah kitorg bertolak pukul 8 lebih ....sampai kat sana pukul 9 lebih.. saya duduk dengan cik khalidah dalam bas..nadia duduk dengan ain..(sorry ain takde blog so tak wujudlah link blog dia)

sampai je kat sana bangunan pwtc tu dah setia menunggu kami
(ok. ni tipu.).. keluar je dari bas encik ilmi dengan pn. naimah iring kitorg budak form 5 masuk pwtc tu.. budak form 6, cikgu lain yang iring.. masa nak masuk dlm bangunan tu, kitorg tanpa disuruh berjalan berduadua macam budak tadika yang pergi rombongan (ni memang x dirancang pun..and yang sedihnya gambar comel tu takde..)


masa ni dah kat dalam..tengah tunggu warga tua form 6 yang x sampai2 ke dalam bangunan tu..muka pun excited nak tengok u ape yang ada kat situ...dalam hati masa ni bercakap,wahai cepatlah sikit anak-anak tingkatan enam atas sekalian..adik-adik junior anda ni dah tak sabar nak pergi ke pesta jom masuk u tu..
okay, setelah dengar taklimat dan sesi mengambil no telefon en. ilmi, kitorg terus berpecah menuju ke dalam dewan tempat pesta jom masuk u tu dianjurkan..tengoklah betapa ramainya orang kat situ..dan banyak juga sekolah lain yang buat rombongan ke sana..macam-macam booth universiti kitorg pergi..beg pun banyak kitorang dapat sambil berangan konon-kononnya pergi shopping ..biasalah kitorg ni kan ada daya imaginasi yang tinggi jadi tak salah bukan?
masa ni dekat booth msu .. akak tu suruh isi borang ape ntah kitorg pun isi jelah sebab bukan kena bayar pun.. dan kitorg tahu nanti akan ada surat dari encik posmen untuk kitorg dari ipts tu...sebab seronok jugakkan kalau dapat surat sekali sekala sambil terasa diri ni orang penting ahahahah.. (ok ni merepek)
ye saya tahu saya pendek..jahatnye diorg duduk ikut ketinggian walaupun tak rancang..*terasa sorang-sorang (ni mengada saya tahu) tapi tak pe saya sayang diorang semua sebab diorang setia terhadp persahabatan dan tak pernah tipu saya termasuklah cameragirl (nadia) tu ..
ni bukan nak buat mulut itik atau seangkatan dengannya eh..masa ni saya tengah bercakap tiba-tiba wan nursarah (cameragirl tak berbayar) terus snap gambar kitorg sambil kata "aku saja je nak snap gambar candid"..sabor je la..
dari kiri : nur nadia natasya, siti nurkhalidah, siti farah afiqah (saya), izsazsa syahriza, nur ain shahirah ..
tepat jam 11 lebih setelah semua booth kami bertiga kunjungi, kitorg terus menuju ke pesta kasut atau dalam bahasa inggeris nya SHOE FESTIVAL.. tengok gambar tu pun dah menarik kan?...bayangkan ketinggian yang rendah macam saya ni kalau pakai kasut macam tu terus berubah jadi tinggi macam model haha..
masuk je kat tempat tu, terus ternampak kasut ni..bila tengok balik rasa macam, macam mana orang tu pakai kasut ni? tak rasa sakit ke? tapi bila fikir balik, fashion is always painful ..
okay, yang ni agak cantikkan? macam terompah zaman moden dah.. so maknanya kasut ni inspirasi dari terompah lah.. (sambil buat gaya macam orang bersifat sentimental yang boleh faham lukisan kat muzium seni tu)
yang ni agak unik, sebab kalau korang tengok betul-betul, kat tumit kasut tu ada lipstick..nanti zaman akan datang saya akan letak bedak johnson&johnson pulak.. confirm para ibu akan suka..sebab sambil berjalan, boleh pakaikan bedak untuk anak diorg yg kuat berpeluh..beg tangan pun tak berat..


kasut ni mengingatkan saya kepada group 2NE1 dah...saya pun nak kasut ni.. :D
dari jauh, dah nampak lautan kasut yang pelbagai jenama dan orang yang ramai..masing-masing excited nak shopping kasut..murah-murah je kasut kat sini..setiap satu ada potongan harga..masa tu siap nampak ada kasut cantik yang ada potongan sampai 70% ! wow! teruja bukan? but unfortunately, kasut saya dah banyak kat rumah plus taknak membazir duit..
tiba-tiba dari jauh nampak banner ni..tak jelas kan banner ape? takpe scroll ke bawah untuk tengok banner ape tu..
ohh...dia buat macam tempat fairytale dah rupanya.. tapi dongeng rumah kasut lah..kalau dulu dongeng rumah yang diperbuat dari makanan ni dongeng alaf baru dah rupanya...
time ni tengah beratur nak tengok rumah kasut tu...
khalidah pun nak jugak..
nadia pun sama.. dalam tiga-tiga gambar ni, saya rasa gambar nadia paling lawa..sebab tengoklah sapa photographernye kan? siapa? sayalah..
no rumah nye pun asaskan kasut..ni yang buatkan saya excited gila ni..
mailbox dia pun comel jugak!

belakang nadia, potret monalisa versi kasut...kelakar!
meja solek versi kasut! comelnyaa!! teruja tak? teruja tak???
nadia pun nak jugak (kena masukkan gambar dia sbg tanda penghargaan ke atas camera dia)

no wonder lah kasut jenama jimmy choo ni glamour..tengoklah, kasut dia pun cantik!
ini pun jimmy choo yang reka! cantik kan!
everything is about jimmy choo! kalau tengok movie tu selalu tak faham kenapa kalau watak budak gedik tu suka sangat kata *these are from jimmy choo's you know! .. sekarang ni baru saya faham..kasut dia memang kasut glamour sebab cantik rekaan dia...
tiba-tiba time tengah jalan ada model hijau jalan..ingatkan isteri hulk..rupanya dia buat statue of liberty ..comel! sebab dia jalan sambil bawak buku..
tiba-tiba jalan punya jalan, ternampak tempat mewarna kasut, lukis corak atas kasut, jahit bling2 dekat kasut.. sambil kata "aku pun nak buat jugak!" tapi malangnya masa tu selalu mencemburui saya!
baju tu, sebenarnya untuk model pakai untuk fashion show kasut..tapi baju dia pun dah gah kan?

masa ni dah nak keluar dari bangunan pwtc..so budak form 5 ramai-ramai ambik gambar kenangan..ingat form six je yang ada gambar? form five pon ada jugak! :PP
lepas pergi pwtc, cikgu-cikgu pengiring dengan sportingnya lepaskan kitorg pergi the mall untuk makan dan solat...aku, nadia, ain, khalidah dan sakinah beli mcd sama-sama..pukul 2 lebih kitorg bertolak balik..jam 3.23 petang, kitorg selamat sampai ke sekolah..budak form 6 tak tahu macam mana sebab bas diorang lambat sampai..

p/s : awak, for your information, saya tak block awak dari fb pun...kitorang cuma deactivate facebook kitorg je untuk spm...DEACTIVATE faham?! kenapa awak cakap kat orang yang kitorg block awak? sedangkan tidak?

awak sendiri dah besarkan boleh fikir sendiri, logik ke kitorg nak block awak sedangkan kitorg takde buat ape pun kat awak..awak je yang buat cerita sambil terasa sendiri...tak ke pelik perbuatan awak tu?dan ini sumber yang sahih kitorg dpt tahu dari seseorang yang bernama insan tak bersalah yang awak buat macam boneka...dan saya tak tuduh sapa-sapa dekat sini dan hentikanlah perbuatan awak tu.. sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment